IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

Cawangan Eropah

Isma cawangan Eropah merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) juga gerakan Islam yang aktif di negara – negara Eropah.

Kami percaya bahawa persepakatan orang Malayu adalah kunci kedaulatan Islam di negara Malaysia.

KENALI

ISMA Eropah

ISMA Eropah merupakan persatuan mahasiswa yang berpusat di United Kingdom dengan tujuan memacu agenda pembangunan insaniah Islami dalam kalangan pelajar-pelajar Malaysia. ISMA Eropah memegang teguh kepada proses pembinaan individu yang holistik bagi memastikan pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Eropah dapat lahir sebagai pemimpin ummah pada masa hadapan.

Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Eropah yang cemerlang dengan berteraskan Islam sebagai cara hidup daripada aspek akademik, akhlak dan keperibadian.

Membangunkan generasi mahasiswa dan mahasiswi harapan bangsa dan negara melalui program-program pembangunan insan, pembinaan jatidiri dan penerapan gaya hidup sihat dengan berlandaskan Islam sebagai cara hidup.

Untuk maklumat lanjut, boleh muat turun brochure pada butang dibawah.
Kepada Masyarakat

Seruan ISMA

Mari bersama

Biro Di Bawah Isma Eropah

Isma mempunyai pelbagai agensi yang aktif membina masyarakat. Kenali agensi-agensi di bawah Isma.