Tarbiah Islami tidak terhad di bilik darjah

Penuhkan jadual anda dan keluarga anda dengan pelbagai aktiviti yang disyariatkan Islam.

KAISER

Konvensyen Antarabangsa ISMA Eropah

Kelebihan Menyertai KAISER

Untuk maklumat lanjut, boleh muat turun brochure pada butang dibawah. Atau layari media sosial kami untuk melihat aktiviti terkini.

YES

Youth Empowerment Symposium (YES) merupakan suatu program yang dirancang khas untuk para pelajar universiti di luar negara, meneruskan kejayaan program Kickstart Europe. YES bertujuan memberikan pendedahan yang luas kepada para pelajar mengenai pelbagai kerjaya yang boleh dikejar dalam bidang seperti kejuruteraan, perakaunan, perubatan, ekonomi, dan banyak lagi.

Aktiviti

Untuk maklumat lanjut, boleh muat turun brochure pada butang dibawah. Atau layari media sosial kami untuk melihat aktiviti terkini.

Kickstart

Program Kickstart Europe adalah sebuah inisiatif yang amat bernilai untuk para pelajar di Malaysia yang bercita-cita untuk melanjutkan pengajian mereka di Eropah. Program ini diatur secara dalam talian, memberikan akses mudah kepada pelajar untuk mendapatkan panduan dan pengetahuan yang diperlukan sebelum memulakan perjalanan pendidikan di luar negara.

Kelebihan Menyertai Kickstart

Untuk maklumat lanjut, boleh muat turun brochure pada butang dibawah. Atau layari media sosial kami untuk melihat aktiviti terkini.

Warming the Soul

‘Warming the Soul’ (WTS) adalah sebuah inisiatif projek sukarelawan yang diwujudkan untuk memberi manfaat dalam skala besar di komuniti setempat. Inisiatif ini bermula di Ireland pada tahun 2014 dan telah melaksanakan pelbagai projek yang memberi impak positif kepada masyarakat.

Misi Kami

Misi utama ‘Warming the Soul’ adalah untuk menyediakan bantuan kepada komuniti tempatan dan menyemarakkan semangat sukarelawan. Kami berusaha untuk membantu individu dan keluarga yang memerlukan dengan memberi sokongan emosi, fizikal, dan sosial.

Contoh projek yang telah dilakukan oleh ‘Warming the Soul’ termasuk :

Untuk maklumat lanjut, boleh muat turun brochure pada butang dibawah. Atau layari media sosial kami untuk melihat aktiviti terkini.

JUMS

Jalinan Ukhuwah musim sejuk atau dikenali sebagai JUMS merupakan sebuah program yang diadakan pada bulan Disember untuk para pelajar Malaysia di luar negara bagi mengisi ‘winter break’ dengan aktivi yang berfaedah. Diperkenalkan pada tahun 2012 ramai pelajar telah memperoleh manfaat daripada program ini

Misi Kami

Misi utama program JUMS adalah untuk memberikan pemahaman kepada pelajar tentang realiti semasa dan menyediakan aktiviti bermanfaat yang menyeronokkan. Selain itu, JUMS berperanan dalam memberikan kefahaman ilmiah serta menguatkan jati diri para pelajar sebagai penuntut di luar negara.

Untuk maklumat lanjut, boleh muat turun brochure pada butang dibawah. Atau layari media sosial kami untuk melihat aktiviti terkini.

JUMP

Jalinan Ukhuwah Musim Panas (JUMP) merupakan program unggul yang dianjurkan oleh ISMA Eropah. JUMP, atau lebih dikenali sebagai summer camp, dianjurkan khas untuk para pelajar yang ingin memperkayakan cuti musim panas mereka dengan pelbagai pengalaman yang mendalam dan bermakna.

Program ini menyajikan pelbagai aktiviti menarik yang mencakup aspek rohaniah dan fizikal. Para peserta dapat menguji kekuatan fizikal mereka melalui aktiviti seperti Go Ape, paintball, jungle trekking, archery, dan pelbagai lagi. Sementara itu, pengisian rohani yang disusun membuka ruang untuk pemahaman yang lebih mendalam tentang realiti semasa dan peranan sebagai pelajar Muslim.

JUMP bukan sekadar satu acara biasa, tetapi merupakan peluang luar biasa bagi peserta untuk memperkukuhkan jalinan ukhuwah mereka, merapatkan diri dengan nilai-nilai keislaman, dan memperkembangkan kekuatan diri secara menyeluruh. Sertai kami dalam pengembaraan musim panas yang penuh makna ini dan saksikan bagaimana JUMP akan memberikan impak positif kepada kehidupan anda!

Kelebihan Menyertai JUMP

Untuk maklumat lanjut, boleh muat turun brochure pada butang dibawah. Atau layari media sosial kami untuk melihat aktiviti terkini.

Indahnya Ramadan

Indahnya Ramadan merupakan program yang diadakan sepanjang bulan Ramadan yang berlangsung selama sebulan dengan bertujuan untuk memeriahkan suasana di bulan tersebut di samping memanfaatkan kelebihan-kelebihan yang ada dalam bulan tersebut. 

Aktiviti

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang bulan Ramadan, antaranya:

PEMUDA

 Pemuda ISMA adalah sayap pemuda kepada Ikatan Muslimin Malaysia, sebuah gerakan Islam yang komited dengan agenda dan perjuangan Islam. Kami menganjurkan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan citarasa pemuda seperti futsal, badminton, hiking, bbq, berenang dan lain-lain, disamping menggerakkan amal dakwah di kalangan anak muda. Kami menggalakkan semua pemuda untuk mengikuti aktiviti anjuran Pemuda ISMA.

Kelebihan Menyertai Pembina

Untuk maklumat lanjut, boleh muat turun brochure pada butang dibawah. Atau layari media sosial kami untuk melihat aktiviti terkini.