Mahasiswa Luar Negara Kibar ‘Jalur Gemilang’

Tarikh

Dusseldolf, 31 Ogos – Sekumpulan mahasiswa Jerman hari ini telah meraikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 dengan mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar bandar Jerman. Sambutan ini bertujuan untuk menyatakan rasa bersyukur dan menyemai semangat patriotik dalam diri.

Saudara Akid Ameri, salah seorang pelajar Jerman berkata, “Merdeka kita bukan sahaja dalam erti kata keluar dari belenggu penjajahan, tetapi sebagai rakyat Malaysia kita perlu merdekakan minda dan akal untuk berubah menjadi lebih baik untuk diri sendiri, keluarga dan juga negara”

“Mari kita bebaskan diri kita ini dengan menghayati erti sebenar perit mencapai kemerdekaan. Semoga teriakan Merdeka! Merdeka! Merdeka! Kali ini penuh dengan getaran daripada jiwa yang benar-benar ingin merdeka. Hanya dengan itu, kita akan berusaha mengekalkannya,” ujarnya lagi.

Biro Komunikasi dan Multimedia ISMA UK-Eire

More
articles