Aktivis Isma Naib Johan Hafazan di Ireland

Tarikh

Dublin, 7 September 2019 – Islamic Cultural Centre of Ireland (ICCI) telah mengadakan majlis peyampaian hadiah bagi Pertandingan Ramadan peringkat Kebangsaan Ireland yang ke 24.

Pertandingan Ramadan ini terdiri dari 2 jenis pertandingan iaitu pertandingan hafazan al-Quran dan pertandingan ulasan buku. Kedua-dua pertandingan tersebut telah diadakan pada 25 Mei 2019 dan telah dihadiri oleh peserta dari ramai daerah di Ireland.

Mengikut pihak penganjur, pertandingan hafazan Al Quran tersebut terdiri daripada 10 tahap: ½ juz, 1 juz, 2 juz, 3 juz, 4 juz, 5 juz, ¼ Quran, 1/3 Quran, ½ Quran dan keseluruhan Quran. Pertandingan ini telah diadili oleh Dr. Younis Saleh dan Sheikh Eid Zaher.

Saudara Ammar Al Hakim, peserta berwarganegara Malaysia telah memenangi tempat kedua dalam kategori hafazan satu Juz dalam bulan ramadan. Ketika ditemu bual, saudara Ammar melaporkan bahawa antara sebab dia menyertai pertandingan tersebut kerana dia ingin menghidupkan dan memaksimakan suasana Ramadannya ketika di Dublin serta berhasrat melanjutkan penghafalan al-Qurannya secara berkala sepanjang hidupnya.

Ketika penutup acara penyampaian hadiah tersebut, Imam besar masjid ICCI, Syeikh Hussain Halawa, selaku setiausaha umum Majlis Fatwa dan Kajian Eropah ataupun European Council for Fatwa and Research (ECFR) sempat berkongsikan satu hadith, iaitu

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”

Disediakan oleh:

Megat Akmal Faiz
Ketua Perhubungan ISMA Ireland

More
articles