Program Kickstart: Sambutan Pelajar Baru 2019

Tarikh

Dublin, 5 October 2019 – Biro Luar Negara (BLN) ISMA cawangan Ireland telah mengadakan program sambutan pelajar baru dengan usahasama i-medik dan i-akauntan bagi pelajar-pelajar jurusan medik, perakaunan dan lain-lain.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti ‘ice-breaking’, forum dan ‘networking-lunch’ antara pelajar baru dan pelajar ‘senior’.

Dalam forum tahun ini, ISMA Ireland membawakan khas dua tokoh dari United Kingdom iaitu Dr Nor Farzana yang kini merupakan doktor di sebuah hospital di Wales dan Thalhah Kamarol Zaman yang merupakan bekas pelajar ekonomi di Universiti Durham. Tema forum yang dijalankan ialah “First Class Students vs First Class Muslim: Can We Be Both?”

Kedua-dua penceramah ini berkongsi pengalaman sebagai pelajar di luar negara dan memberikan tips-tips dalam menghadapi cabaran baru sebagai pelajar luar negara.

Memetik kata-kata penceramah, saudara Talhah mengingatkan para pelajar agar dalam kesibukan menjadi pelajar terbaik di universiti, para pelajar juga seharusnya berusaha untuk menjadi muslim yang terbaik di dalam kapasiti masing-masing kerana para pelajar di luar negara adalah duta negara dan agama di mata.

Para pelajar yang menghadiri program berpuas hati dengan program yang dijalankan dan gembira kerana dapat bertemu dengan pelajar-pelajar jurusan lain di Ireland.

Program Kickstart ini kemudian diakhiri dengan slot cabutan bertuah dan solat zuhur berjemaah sebelum makan tengahhari dan bersurai.

Biro Komunikasi dan Multimedia ISMA UK-Eire

More
articles