Marathon: Aktivis Isma Harumkan Nama Malaysia

Tarikh

Cardiff, 6 Oktober 2019 – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) UK-EIRE meraikan kejayaan aktivis ISMA UK-EIRE saudara Zol Azree dan saudara Wan Ahmad Amirul atas kejayaan melengkapkan larian marathon sejauh 21km di Wales, United Kingdom.

Mereka menyahut cabaran larian marathon tersebut sambil disertai oleh lebih 250,000 orang peserta antarabangsa.

‘Cardiff Half Marathon’ anjuran ‘Run 4 Wales’ merupakan acara kedua terbesar di United Kingdom dan telah menerima penyertaan yang hangat oleh pelari-pelari profesional.

Menariknya, saudara Zol dan Amirul yang bergiat aktif dalam arena dakwah dan tarbiyah mengatakan bahawa kejayaan mereka berkait langsung dengan usaha mereka dalam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) UK-EIRE.

Kejayaan mereka menjadi bukti kukuh bahawa menceburkan diri dalam bidang dakwah bukanlah penghalang memperoleh kecemerlangan duniawi.

Tahniah diucapkan dan semoga menjadi inspirasi untuk ummah!

Biro Komunikasi dan Multimedia ISMA UK-Eire

More
articles