Sambut Maulidur Rasul Dengan Bersedekah

Tarikh

Dublin, 8 November 2019 – Biro Luar Negara (BLN) ISMA cawangan Ireland telah menganjurkan aktiviti ‘Warming The Soul’ yang merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan oleh BLN ISMA diserata Eropah.

Bersempena malam Maulidur Rasul, aktiviti Warming Soul ini diadakan bagi memupuk sikap mengambil endah dan peka dengan kehidupan masyarakat sekeliling dan menyemai sikap suka memberi dan bersedekah seperti anjuran baginda S.A.W.

“Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian” (Al Munafiqun:10)

Seramai lebih 25 orang sukarelawan pelajar Malaysia di Dublin telah menyertai aktiviti tersebut. Cuaca yang sejuk; 5 degree celcius tidak membantutkan semangat pelajar-pelajar untuk turut serta beraktivis.

Aktiviti dimulakan dengan proses membungkus makanan yang dibeli dan pembahagian kumpulan. Setiap kumpulan kemudian dibahagikan kawasan diserata bandar Dublin untuk mengagihkan makanan-makanan dan pakaian tebal yang dibeli menggunakan duit hasil kumpulan bersama para pelajar kepada gelendangan.

Para sukarelawan merasa insaf dan gembira dapat membantu meringankan sedikit bebanan para gelendangan di musim sejuk ini. Ruh Maulidur Rasul terasa lebih dihargai dengan menyahut anjuran bersedekah oleh Rasulullah.

Disediakan oleh,
Biro Komunikasi dan Multimedia ISMA UK-Eire

More
articles